Iannone: " Kami mempunyai peluang untuk lakukan yang terbaik"

Andreea Iannone pelumba Ducati Team bukan peminat Litar Silverstone tetapi beliau amat positive menjelang perlumbaan British GP selepas menyaksikan peningkatan prestasi motosikal Desmosecidi pasukan mereka.



Silverstone merupakan litar yang terpanjang dan terpantas. Ia memang sesuai jentera merah Ducati dan Ionnone bersedia untuk memanfaatkan kelebihan yang ada pada jentera mereka sekali lagi.

Andrea Iannone: " Motosikal Desmosedici kami mampu memberi persaingan kepada pasukan lain dan perlumbaan di Silverstone mungkin akan membuahkan hasil yang positif kepada kami. Saya mengalami beberapa masalah disini pada perlumbaan lepas. Ini kerana Silverstone merupakan sebuah litar yang ganjil. Ia sangat luas dan lebih sesuai untuk perlumbaan Formula 1. Ianya bukan litar yang saya inginkan, tetapi saya rasa kami mempunyai peluang yang cerah untuk menyinar disini."

Artikel kotaku1957 Lainnya :

0 comments:

Post a Comment

Scroll to top