"Saya mempunyai memori indah di Silverstone"- Rossi

Pelumba Movistar Yamaha MotoGP, Valentino Rossi tidak pernah mencatatkan rekod yang terbaik dalam keadaan kering di litar Silverstone.Ini jelas jika dibandingkan dengan rekodnya di litar lain.

Rossi berharap supaya menemui setup yang sempurna sebelum perlumbaan sebenar untuk motosikal YZF -R1 tungganganya. Tambahan lagi, Rossi berpendapat litar Silverstone sentiasa menghukum pelumba yang melakukan kesilapan semasa perlumbaan.



Valentino Rossi: " Saya mempunyai memori yang indah di Silverstone. Saya memenangi perlumbaan yang menajubkan di sini. Saya berharap cuaca pada tahun ini baik. Saya menggemari litar Silverstone. Ia sebuah litar yang menarik dan juga mencabar. Litar ini amat panjang dan banyak pertukaran laluan pada kelajuaan yang tinggi. Oleh itu, amat penting untuk mencari setup motosikal yang sempurna untuk menyesuaikan diri diselekoh yang perlahan dan laju. Kami akan mencuba dari semua aspek sepertimana yang kami lakukan sepanjang musim untuk mendapatkan keputusan yang terbaik".

Artikel kotaku1957 Lainnya :

0 comments:

Post a Comment

Scroll to top