Marquez akan beri tentangan yang maksimum

Marc Marquez bersedia untuk melebarkan penguasaan beliau dalam perlumbaan di Litar Silverstone selepas menyaksikan rakan senegara yang juga juara bertahan Jorge Lorenzo gagal menyerlah di perlumbaan Czech GP  akibat masalah tayar. 2015 menyaksikan Marquez terbabas di Silverstone dalam keadaan litar yang basah. Dengan keadaan cuaca yang tidak menentu dan kejuaraan yang perlu difikiran, pelumba dari Cervera ini telah bersedia untuk memberikan persembahan yang terbaik untuk melebarkan lagi jurang mata bagi memproleh kejuaran dunia buat kali ketiga.



Marc Marquez: " Silverstone merupakan sebuah tempat yang mempunyai cuaca yang tidak menentu. Pelumba perlu bersedia dengan perubahan tersebut. Kami telah menghadapi perubahan cuaca lebih dari satu kali untuk musim ini dan kami sedar fokus dan tindakan yang betul merupakan perkara yang penting dalam situasi ini. Kami akan cuba sedaya upaya untuk menangani situati tersebut dengan mindset yang sama. Saya menikmati perlumbaan disini dan akan bagi tentangan yang maksimum untuk result yang terbaik."




Artikel kotaku1957 Lainnya :

0 comments:

Post a Comment

Scroll to top